Monday, March 19, 2018

Private Retirement Scheme (PRS) SIMPAN & LUPAKAN UNTUK PERSARAAN ANDA

● PRS atau nama penuhnya Private Retirement Scheme adalah alternatif kepada EPF (KWSP bahasa melayunya) bagi mereka yang merasakan dana persaraan tidak mencukupi.

● PRS adalah gabungan dua model iaitu EPF + Unit Trust

● PRS mengikut model EPF mempunyai 2 akaun iaitu Sub Account A (70% caruman) dan Sub Account B (30% caruman).Caruman dalam PRS bersifat sukarela (ada duit simpan, tak ada duit tak payah) tak seperti EPF caruman wajib setiap bulan.

● Duit caruman dalam  Sub Account A PRS tak boleh dikeluarkan sehingga umur pencarum 55 tahun sama seperti Akaun 1 EPF.

● Manakala duit caruman Sub Account B PRS boleh dikeluarkan selepas setahun melabur.Maksimum pengeluaran sekali setahun subject 8% penalti dari jumlah pengeluaran contoh pengeluaran RM10,000; 8% penalti berjumlah RM800.

● Kenapa kena penalti?Yelar dah nama pon RETIREMENT SCHEME kalo tiap-tiap tahun asyik withdraw jer bila nak cukup dana persaraan.Sekurang-kurangnya bila ada penalti kita fikir 2@3 kali juga sebelum buat pengeluaran.

● Manakala EPF akaun 2 pula pengeluaran hanya boleh dilakukan untuk tujuan membeli rumah, perubatan, pendidikan dan bila usia mencecah 50 tahun.

● Caruman dalam PRS akan dilaburkan ke dalam Unit Trust  iaitu ke dalam Dana-dana PRS.Sebagai pencarum kita boleh memilih untuk melabur dalam dana Islamik atau Konvensional.Kalo Muslim pilihlah dana-dana Islamik.Bagi pencarum yang berusia 40 tahun ke bawah sesuai dengan tahap risiko bersifat GROWTH (pelaburan akan dibahagikan min 30% fixed income; max 70% ekuiti).

● Manakala tahap risiko bagi pelabur berusia antara 40an dan 50an yang dicadangkan adalah bersifat MODERATE (40% dilaburkan ke dalam fixed income dan baki 60% ekuiti).Akhir sekali pencarum yang berusia 50tahun dan ke atas, tahap risiko bersifat CONSERVATIVE (80% fixed income dan 20% ekuiti)

● Pencarum PRS yang berusia 20 hingga 30tahun yang mencarum minimum RM1,000 dalam setahun akan menerima insentif RM1000 dari kerajaan.Promosi ini sah sehingga tahun 2018.

● Bagi yang membayar cukai pendapatan, pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun sebagai galakkan untuk penuhkan dana persaraan hari tua.

● Pilih simpan dan lupakan untuk dana persaraan seawal mungkin.Makin awal anda simpan makin rendah komitmen bulanan makin banyak duit anda kumpulkan hasil kesan compounding.

" COMPOUND INTEREST IS THE EIGHT WONDER OF THE WORLD.HE WHO UNDERSTAND IT, EARNS IT AND WHO DOESN'T - PAYS IT" ~ Albert Einstein

Mastura Ramli
0134259945
Unit trust, Asbf & PRS Consultant,
Cimb Principal Asset Management Bhd (CWA)

www.wasap.my/60134259945

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...