Monday, March 19, 2018

Private Retirement Scheme (PRS) SIMPAN & LUPAKAN UNTUK PERSARAAN ANDA

● PRS atau nama penuhnya Private Retirement Scheme adalah alternatif kepada EPF (KWSP bahasa melayunya) bagi mereka yang merasakan dana persaraan tidak mencukupi.

● PRS adalah gabungan dua model iaitu EPF + Unit Trust

● PRS mengikut model EPF mempunyai 2 akaun iaitu Sub Account A (70% caruman) dan Sub Account B (30% caruman).Caruman dalam PRS bersifat sukarela (ada duit simpan, tak ada duit tak payah) tak seperti EPF caruman wajib setiap bulan.

● Duit caruman dalam  Sub Account A PRS tak boleh dikeluarkan sehingga umur pencarum 55 tahun sama seperti Akaun 1 EPF.

● Manakala duit caruman Sub Account B PRS boleh dikeluarkan selepas setahun melabur.Maksimum pengeluaran sekali setahun subject 8% penalti dari jumlah pengeluaran contoh pengeluaran RM10,000; 8% penalti berjumlah RM800.

● Kenapa kena penalti?Yelar dah nama pon RETIREMENT SCHEME kalo tiap-tiap tahun asyik withdraw jer bila nak cukup dana persaraan.Sekurang-kurangnya bila ada penalti kita fikir 2@3 kali juga sebelum buat pengeluaran.

● Manakala EPF akaun 2 pula pengeluaran hanya boleh dilakukan untuk tujuan membeli rumah, perubatan, pendidikan dan bila usia mencecah 50 tahun.

● Caruman dalam PRS akan dilaburkan ke dalam Unit Trust  iaitu ke dalam Dana-dana PRS.Sebagai pencarum kita boleh memilih untuk melabur dalam dana Islamik atau Konvensional.Kalo Muslim pilihlah dana-dana Islamik.Bagi pencarum yang berusia 40 tahun ke bawah sesuai dengan tahap risiko bersifat GROWTH (pelaburan akan dibahagikan min 30% fixed income; max 70% ekuiti).

● Manakala tahap risiko bagi pelabur berusia antara 40an dan 50an yang dicadangkan adalah bersifat MODERATE (40% dilaburkan ke dalam fixed income dan baki 60% ekuiti).Akhir sekali pencarum yang berusia 50tahun dan ke atas, tahap risiko bersifat CONSERVATIVE (80% fixed income dan 20% ekuiti)

● Pencarum PRS yang berusia 20 hingga 30tahun yang mencarum minimum RM1,000 dalam setahun akan menerima insentif RM1000 dari kerajaan.Promosi ini sah sehingga tahun 2018.

● Bagi yang membayar cukai pendapatan, pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun sebagai galakkan untuk penuhkan dana persaraan hari tua.

● Pilih simpan dan lupakan untuk dana persaraan seawal mungkin.Makin awal anda simpan makin rendah komitmen bulanan makin banyak duit anda kumpulkan hasil kesan compounding.

" COMPOUND INTEREST IS THE EIGHT WONDER OF THE WORLD.HE WHO UNDERSTAND IT, EARNS IT AND WHO DOESN'T - PAYS IT" ~ Albert Einstein

Mastura Ramli
0134259945
Unit trust, Asbf & PRS Consultant,
Cimb Principal Asset Management Bhd (CWA)

www.wasap.my/60134259945

Friday, November 10, 2017

Faedah ASB Financing sebelum beli rumah

(1) Deposit tunai rumah

Jika anda berhasrat ingin membeli rumah, anda mesti mempunyai jumlah cash 15% (10% + 5%) dari harga rumah. 

Rumah 100k => RM15k
Rumah 200k => RM30k
Rumah 500k => RM75k

(2) Komitmen bulanan yang konsisten

Jika anda berkeinginan untuk membeli rumah, sepatutnya anda telah pun bersedia mempunyai komitmen bulanan yang besar secara konsisten..

Guna formula [200]

Rumah 100k => bulanan 500
Rumah 200k => bulanan 1000
Rumah 500k => bulanan 2500

Katakan anda berhasrat nak ada rumah berharga 200k bermakna anda telah bersedia untuk mempunyai komitmen 1000 sebulan secara konsisten, 

Cuba cara ini..

1. Apply ASBF 200k tanpa takaful, modal bulanan 1050 - 1100(bergantung rate)
2. Terminate ASBF setelah 2 tahun, hasil terkumpul dalam 33k atau mungkin lebih..
3. Gunakan hasil terkumpul untuk capai hasrat anda. Teruskan komitmen 1000 sebulan untuk bayaran instalment rumah idaman anda.😉

Jadi, anda telah pun dapat 2 'benefit' :

- Deposit tunai 15%
- Bina disiplin bayaran instalment bulanan RM1000 sebulan (bank pun senang approve homefinancing)

Tulisan sekadar guideline asas. Knowledge semasa anda perlu diupdate selalu.

Selamat mencuba.

Untuk info detail, boleh hubungi KakMas :

Mastura Ramli
whatsapp : 0134259945
Cwa/Asbf Consultant

#asbf #KewanganCantik  #kredittopenulisasal
#rumahimpian
#financing

Mari berkenalan dengan ASB Financing /ASB Loan

Sumber : majalahlabur.com

(ASB Financing vs ASB Loan)

#1. Apa Beza Simpanan di ASB dengan ASB Financing?

ASB : Simpanan biasa dengan membeli unit ASB berharga tetap RM1.00 seunit melalui buku pelaburan. Pemberian dividen adalah tidak tetap (mungkin naik, mungkin turun). Penambahan unit boleh dilakukan di ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang sah seperti Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank, & AmBank Islamic.

ASB Financing: Pembiayaan yang dibuat dengan bank. Pihak bank belikan sijil ASB daripada ASNB dan pegang sijil tersebut. Jadi kita kena bayar ansuran bulanan kepada bank.

#2. Apa Beza ASB Loan dengan ASB Financing?

ASB Financing adalah pembiayaan ASB menggunakan pembiayaan Islamik. Bank yang menawarkan adalah CIMB Islamic & Maybank Islamic.

ASB Loan pula adalah menggunakan pinjaman konvensional. Bank yang menawarkan adalah RHB, Affinbank dan BSN.

Jadi, sebagai seorang muslim, kita seharusnya pilih ASB Financing islamic.

#3. Jika Buat Pembiayaan ASB dan Tak Mampu Bayar Ansuran, Apa Akan Jadi?

Pembiayaan ASB berkonsepkan Islamik tidak ada penalti fees dan lock in period. Jika pembiayaan ASB tidak dibayar dalam dua bulan berturut-turut, sijil ASB anda akan dijual.

#4. Apakah Kesan Jika Saya Gagal Bayar Ansuran Bulanan Pembiayaan ASB?

Pembiayaan ASB akan masuk dalam sistem laporan CCRIS. Jika bayar balik dengan cantik, muncul angka 0000. Jika bayar tak konsisten, laporan CCRIS akan rosak. Ia menunjukkan anda tidak mampu mengurus kewangan dengan baik.

#5. Pembiayaan ASB Perlu Takaful?

Pembiayaan ASB dengan CIMB takaful adalah pilihan. Jika matlamat pelaburan jangka pendek, tak perlu takaful.
 
#6. Takaful Dalam Pembiayaan ASB Untuk Apa?

Jika seseorang meninggal dunia ataupun mengalami kecacatan yang kekal. Jika ambil takaful, baki pembiayaan akan di tanggung oleh pihak takaful. Waris akan dapat nilai pembiayaan yang telah diambil.

Jika tak ambil takaful, pulangan prinsipal akan dipulangkan kembali selepas pihak bank terminate sijil tersebut. Waris langsung tidak akan terbeban dengan pembiayaan ASB jika apa- apa berlaku.

#7. Ambil Pembiayaan Selama 30 tahun. Dah Tua Baru Merasa Duit?

Ikut matlamat masing-masing. Tak semua orang buat pembiayaan ASB sehingga 30 tahun. Kalau nak buat 30 tahun, komitmen hanya setahun saja kan. Lepas tu rolling dividen saja.

Pembiayaan ASB tak ada lock in period jadi anda tak terikat dengan tempoh 30 tahun. Tujuan ikat tempoh 30 tahun mungkin bertujuan mendapat ansuran yang rendah. Jadi anda tak terbeban dengan ansuran bulanan.

#8. Boleh Tak Buat Pembiayaan ASB Banyak Sijil?

Kuota ASB seorang adalah RM200,000 dan gandaan sijil adalah gandaan 1,000 unit. Buat lah banyak sijil pun. Jika mampu komitmen hanya RM300 setiap bulan, buat dulu pembiayaan ASB RM50,000 dengan ansuran bulanan RM275.

#9. Jika Saya Buat Pembiayaan ASB, Tiba-Tiba Saya Diberhentikan Kerja. Macam Mana Ya?

Boleh terminate pembiayaan ASB tersebut. Itu pentingnya buat pembiayaan ASB yang tiada lock in period. Tak kena penalti fees.

#10. ASB Ni Patuh Syariah Tak?

Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

Berminat nak mulakan Asbf anda dengan rate promosi 4.8%, boleh hubungi KakMas dengan segera.

Mastura Ramli
Cimb Wealth Advisor
www.wasap.my/60134259945

#KewanganCantik #asbf #forcesaving #unitamanah #cimb #cwa

CARA MUDAH KUMPUL DUIT DEPOSIT RUMAH DALAM TEMPOH 5 TAHUN

Setiap orang mesti ada impian untuk memiliki rumah sendiri.

Namun tak semua orang mampu untuk beli rumah disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya adalah seperti berikut:
1) gaji sederhana(bawah RM 3,000)
2) tak ada tunai untuk bayar deposit beli rumah
3) susah nak disiplinkan diri untuk simpan duit setiap bulan.

Namun tak mustahil bagi sesiapa yang ada masalah di atas untuk memiliki rumah. Yang penting mereka perlu ada perancangan awal kewangan mereka.

Kakmas nak share satu cara paling mudah untuk kumpul duit deposit rumah iaitu guna teknik ASB-Financing (ASB-f). Ramai dah berjaya guna cara ini tanpa perlu terjebak dengan personal loan.

Kalau nak miliki rumah ber
harga RM 300,000, deposit diperlukan 10% dari harga rumah. Jadi deposit diperlukan adalah RM 30,000. Kalau tak disiplinkan diri untuk simpan duit setiap bulan, mampu ke nak ada RM 30 000 tu?

Jika korang mampu simpan pon, perlu bijak memilih cara paling untung. Terbukti simpan melalui ASB-f ni jauh lebih untung berbanding simpan biasa. Jadilah pelabur yang bijak.

Jadi, jom mulakan force saving dengan ASB-f. Maksimumkan kemampuan anda. Jangan tamak dari tak buat apa-apa tindakan. Orang muda, jangan sesekali terbabit dengan personal loan. Menyesal tak sudah. Jom apply ASB-f.

Mastura,
Unit Trust/ASB-f Advisor CIMB
0134259945

P/S: Kakmass, 5 tahun tu lama sangat la. Kalau 3  or 4 tahun je boleh tak?
Boleh je. Jom roger-roger kakmass.

Pengiraan boleh refer Gambar Viral Pasangan Suami Isteri Romantik ni: kredit to Anas CK.

#kewangancantik #asbfinancingcimb #cimbpromo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...